Saya amat tidak bersetuju dengan "persaingan sihat". Bagi saya tiada istilah persaingan sihat. Kenapa??? Saya tidak suka bertanding. Pelik kan???
Bagaimana pula bila saya 'handle' emosi anak saya bertanding??? Bagi yang rapat dengan saya, akan tahu yang saya tidak pernah sekali pun sebut "mama nak kamu dapat nombor sekian sekian" yang kerap kalinya saya akan sebut.... "BACA BISMILLAH...ISTIGHFAR...AND HAVE FUN!!!
Tipu juga kalau saya katakan, saya tak pernah nak untuk anak saya menang...dapat tempat terbaik dan lain-lain yang terbaik. Tapi kerap kali jugalah bila fokus menang datang bermain di fikiran saya, dalam masa yang sama saya kan cuba dan cepat-cepat istighfar dan syukur...mereka dah buat baik dan lebih dari jangkaan saya. SYUKURI YANG SEDIKIT UNTUK DAPAT YANG BANYAK...
Gambar 1: Adam sebelum bertanding. Hingga sekarang setiap kali masuk bertanding saya berdebar
Alhamdulillah kini, Allah beri lebih dari apa yang saya jangkakan. Jangan risau tentang rezeki akan datang asalkan ada usaha. Dan yang lebih utama, jangan risau rezeki kita diambil orang kerana Allah tidak akan menggantikan yg lebih baik selepas apa jua pinjamannya diambil semula. Hebat jauh sekali, tapi lebih dari cukup untuk membuatkan saya terus syukur atas banyak nikmat Allah beri untuk saya dari usaha anak-anak saya untuk gembirakan hati saya.
Gambar 2: Aisyah semasa pertama kali bersama Monnie dalam pertandingan yang lepas. Alhamdulillah Allah rezekikan tambahan nikmat untuk saya dan suami terus berbakti kepada binatang.
Bagi yang rasa, kalau tiada persaingan atau rasa ingin bersaing..baik jangan bertanding...atau exam atau markah...Konsep bersaing dan konsep meletakkan 'benchmark' atas usaha kita sebenarnya sangat berbeza. Saya tak pernah paksa anak untuk menang sangat berbeza dengan saya sentiasa paksa anak untuk berusaha keras. Usaha itu perlu dan sebenarnya amanah. Tapi bersaing akan membunuh usaha jika konsepnya salah. Dan jangan terkejut, bersaing akan membuatkan semangat mudah patah sebelum anak-anak mula bersaing lagi....Wallahualam

