Alhamdulillah rajin semula nak updates tentang trip saya dan suami ke Dubai 2017 (walaupun sekarang dan 2018). Saya share gambar jelah..Cuma pendapat saya, Dubai lebih seronok bila ada anak-anak (nampak sangat lepasni nak bawak anak datang Dubai)..Tak terlalu sejuk (Europe Winter Trip terlalu sejuk. Nanti free saya share). Paling suka dengan Dubai Creek dan Desert Safari. Yang lain lain, waterpark lebih sesuai ada anak-anak (sambung berharap boleh bawa anak-anak)...bandar mcm biasa, hutan konkrit (duit ada memang apa pon jadi) dan makan agak mahal (amat mahal). Shopping??? Saya hebat sebab tak shopping !!! Sekian, sila sambung tengok gambar...Oh ya, dari Dubai kami ke Iceland...tengoklah kalau rajin saya share cerita Iceland 2017 (walaupun di tahun 2018 dan berharap bukanlah 2019)
Anak,Isteri,Ibu,Sahabat dan InsyaAllah cuba untuk menjadi hambaNya yang terbaik..... Bermula hampir 7 tahun yang lepas sebagai jurnal peribadi untuk tatapan keluarga sahaja.Dan kini rasanya semakin "kuat"untuk menjadi tatapan sesiapa yang rajin membaca.Dari kacamata surirumah....
Tuesday, January 23
DUBAI 2017 (i)
GAMBAR 1: Dubai Mall
Alhamdulillah direzekikan lagi untuk bermusafir bersama suami. Tapi kalini lebih 'havoc'kerana bersama sahabat 'bisnes'En Hero yang lain.
Hari pertama sampai, selepas check in terus ambil teksi ke Dubai Mall. Makan memang mudah di Dubai (negara Islam) hanya sediakan duit jelah. MasyaAllah orang kaya...tengok jelah kami-kami yang belum kaya ni. Seharian di Dubai Mall saya masih belum berjaya habiskan GF (ground floor)...punyalah orang arab ni nak semua yg "ter"( terbesar, terpanjang, terkaya, terbanyak)
GAMBAR 2 : Pak Arab dgn Mak Arab sesat
Hari ke 2 masih seperti biasa...bangun dan misi menghabiskan masa sebelum kerja hakiki bermula. Masih ke Dubai Mall (nampak sangat tak puas hati pusing semalam tak berjaya habis)...Memandangkan tak ramai wanita dalam group suami yang join, bertabahlah dengan iman lelaki untuk pusing mall yang nipis. Mereka lebih rela cari cafe dan lepak borak... Hari ke 3 kerja hakiki bermula, Dari tengahhari hingga malam bermula dengan konvensyen dan terus ke annual dinner. Apa yg saya nampak??? Memandangkan delegasi seluruh dunia terlibat, saya amat respect dengan semangat rakyat Korea dan Jepun (turun bersama kami untuk konvensyen)...mereka bersatu!!! sesuatu yg amat sukar dipupuk oleh orang kita.Bertanyakan mereka apa yg membuatkan mereka amat hormatkan ketua mereka??Komen mereka, kalau anda nampak kami kerja kuat. Ketua kami 3 kali ganda leboh hebat dari kami. Ini membuatkan kami lebih bersemangat... (pengajaran: kepimpinan melalui teladan)
Gambar 3: Bangga dengan baju kurung
OK saya dah makin malas menaip, kita bersambung di episod Dubai 2017 (ii)
Subscribe to:
Posts (Atom)








