Tak layak sangat sebenarnya untuk saya komen dan beri pendapat tentang pendidikan anak-anak. Bagi saya setiap keluarga ada acuan dan harapan masing -masing. Bersesuaian juga dengan tahap pemikiran dan juga fizikal setiap anak- anak. Cuma bagi saya, satu sahaja yang target dan fokusnya sama cuma amat kurang diberi fokus oleh ibubapa moden kini (saya agak kolot). ADAB
Percaya atau tidak, lebih ramai ibubapa berlumba untuk anak pandai membaca, bercakap bahasa inggeris, mengaji dan menghafaz Al Quran dan genius matematik berbanding yg berlumba untuk pastikan anak-anak mereka teratur adab mereka.Agak sakit mata seringkali bila saya dan teman berbual, mereka membiarkan anak meyampuk. Kalau zaman saya dulu, peha mesti tiba-tiba panas dan pedih. Balik rumah mesti biru kesan dicubit. Itu didikan ibu bapa dulu. Dan hasil didikan yang tegaslah, mereka yg lingkungan lebih 30 tahun lebih kental dan beradab berbanding berusia 20an dan ke bawah!!!
Berapa ramai ibubapa yang percayakan anak berbanding orang luar yang datang mengadu??? Berapa ramai ibu bapa bermasam muka dengan ibubapa lain hanya kerana salah penceritaan atau intonasi dari cerita anak-anak??? Berapa banyak kes serang menyerang berlaku hanya kerana anak engkau dan anak aku??? Konklusinya, bagaimana mendidik anak yang kental jika hanya dari cerita anak yang remeh sahaja kita tak mampu untuk kental??
Rata- rata masa saya banyak dihabiskan bersama anak-anak.Dan juga kawan-kawan mereka. Setakat mendengar cerita mereka,amat banyak!!! Tapi untuk mengadili perkara negatif, saya cuba elakkan. Alhamdulillah hingga sekarang, anak-anak saya sangat cuba elakkan mengadu tentang apa yang mereka dengar kerana tahu, "mama tak suka". Biarkan anak dalam cerita mereka dan kita perbaiki cerita realiti kita. Bukan mengatakan cara saya terbaik. Jauh sekali mengatakan saya pandai mendidik. Tapi bagi saya, untuk kehidupan 10 tahun akan datang saya perlu sediakan anak - anak saya yang kental dan beradab. Bijak dan cerdik sahaja tak cukup untuk 10 tahun akan datang. Berapa ramai orang cerdik pandai dibuang kerja dan tiada kawan hanya kerana tiada adab??? Dan berapa ramai orang beradab kekal berkat hidup mereka hanya walaupun kurang cerdik???
Semoga saya dan anda semua mampu bersama-sama mendidik anak-anak dan membekalkan mereka pendidikan adab dan nilai murni terbaik. Anak yg beradab insyaAllah bijak...percayalah...dunia sangat singkat untuk berlumba. Cukuplah berlumba dengan diri sendiri untuk tujuan memperbaiki taraf diri sendiri. Tanya diri semula, apa yang kita nak wariskan untuk masyarakat???
...dari kacamata surirumah
Anak,Isteri,Ibu,Sahabat dan InsyaAllah cuba untuk menjadi hambaNya yang terbaik..... Bermula hampir 7 tahun yang lepas sebagai jurnal peribadi untuk tatapan keluarga sahaja.Dan kini rasanya semakin "kuat"untuk menjadi tatapan sesiapa yang rajin membaca.Dari kacamata surirumah....
Sunday, January 27
Istanbul & Bursa 2018
Antara negara yang paling saya suka lawati. Terlalu banyak sejarah, bangunan lama yang sangat cantik, makanan yg 100% mengikut kehendak selera saya dan utama sekali vacation buddy yang superb!!! Bagi saya, cantik mana negara kalau teman musafir kita 'krik-krik' adoila...pengsan nak habiskan walau 3 hari bercuti . Syukur Alhamdulillah, sepanjang saya bercuti sejak dahulu lagi semua rakan musafir saya sangat-sangat 'WOW"...
Gambar : Berlatar belakangkan Hagia Sophia. Dari sebuah gereja kepada masjid dan kini muzium. Terlalu cantik dan banyak cerita sejarah di dalamnya.
Gambar 2: Kami ber 8 (7 di dalam gambar dan seorang lg jurugambar). Istana Dolmabache tutup jadi kami beramai-ramai lintas jalan ke Besiktas Stadium.
Gambar 3: Saya dan Encik Hero di luar masjid Grand Bazaar. Suasana dingin + bangunan cantik + jurugambar superb....hmmmm...almost perfect
Gambar 4: Saya dan En Hero di Grand Bazaar. Harga bagi saya biasa-biasa. Bershopping hanya untuk mereka di Malaysia sahaja. Untuk diri sendiri...boleh kata 1 je kot...Nak datang sini? kena pandai tawar menawar (saya tak pandai). Lampu memang di sinilah tempatnya dan barangan seramik juga.
Gambar 5: Di luar bangunan yang menempatkan jenazah Sultan Salim di Bursa.
Keseluruhannya...amat berpuas hati. Direzekikan jurukamera kami juga sporting. Kebetulan pemandu pelancong kami juga sangat berpengalaman utk ceritakan satu persatu sejarah dan melayan kerenah kami. Sejarah memang matapelajaran kegemaran saya sejak sekolah. Dan sejarah Muhammad Al Fateh yang hebat....berada di sini dan pulang ke Malaysia, saya amat berharap diizinkan dapat bawa anak-anak ke sini lagi. Istanbul is much better than Paris!!! Cappadocia?? 8 hari di Istanbul & Bursa pun tak cukup, mujur kami tak ke Cappadocia...

Sunday, May 13
CRUISE ke PHUKET 2018
Alhamdulillah..diberi peluang oleh Allah sekali lagi untuk bercuti menaiki kapal mewah ke Phuket untuk 4 hari 3 malam bersama 41 orang sahabat bisnes En Hero. Penghargaan untuk mereka yang achive ranking dalam bisnes kecil - kecilan yang En Hero buat.
Gambar: En Hero dan saya bila bercuti + anak-anak tak ikut
*********************
Antara yang saya suka tentang percutian ini:
*** Amat sesuai jika datang berkumpulan. Tapi perlu request awal untuk sesi tambahan secara percuma dari pihak cruise
*** Makanan sedap dan banyak
*** Karaoke 24 jam
*** Terlalu banyak aktiviti boleh dibuat
*** Amat sesuai jika anda nak rileks dan santai
*** Juga sesuai bagi syarikat yang ingin adakan team building
Gambar: Antara yang turut serta ( yang lain-lain masih terbabas tidur)
Antara yang saya kurang suka tentang percutian ini:
*** Bilik agak sempit ( sila bersiap sedia jika anda jenis sukakan bilik mewah)
*** Ada casino
*** Ada tarian bogel (masuk dikenakan bayaran tambahan)
*** Tak dibenarkan bawa sterika atau minta seterika tambahan dalam bilik atas faktor keselamatan. Jadi kos tambahan diperlukan untuk khidmat "pressing"
*** Bagi yang malas bersosial, anda akan boring
Gambar: Kami lagi di deck atas kapal
*******************************
InsyaAllah kalau saya rajin dan tak terlupa saya akan kongsikan juga "sindiket jet ski" di pantai Phuket...

CEMBURU
"Kau siapa aku nak cemburu???
"Tak kuasa aku nak jeles"
**********************
Biasa didengar, tapi amat sukar diakui. Siapa nak mengaku kan??? Terlalu banyak masa di media sosial, melihatkan senyuman orang lain (pelik dengan manusia yang tak suka tengok manusia lain tersenyum ni), kadang- kadang akan buatkan iri hati. Tak??? Sekali lagi saya katakan, tak semua orang akan mengaku dia cemburu. Di sini saya berikan 5 sahaja point bagi membuktikan anda cemburu tapi tak mahu mengaku. Jika ada di antara point saya nyatakan di bawah "YA" (jangan beri alasan lain). Mohonlah muhasabah diri atau unfriend sahabat tersebut bagi menjaga saham akhirat sendiri...
1. Anda tengok mereka pamerkan kegembiraan di media sosial, selepas tu anda membawang dengan orang lain...
2. Anda nak jadi macam mereka, tapi anda tak mahu mengakuinya di hati (pandai tipu diri sendiri ke?)
3. Anda tak tenang
4. Anda kata tak mahu ambil tahu tentang orang tersebut, tapi menunggu posting mereka
5. Anda rasa anda boleh lebih dari mereka
Tak perlu 5-5 ada kriteria dalam diri anda, cukuplah satu sudah buktikan anda sebenarnya cemburu dengan orang tersebut. Saya??? tipu kalau saya kata tak pernah berlaku, apa yg saya buat? Istighfar...hingga saya pernah sebak istighfar sambil akui lemahnya saya... Alhamdulillah, kembali tenang. Tapi syaitan takkan pernah duduk diam hingga kita benar-benar terpesong...Dia ganggu lagi...Seterusnya apa saya buat jika tak mampu bersangka baik??? Unfriend...atau Blocked!!! Agak drastik, tapi saya tak mahu berkompromi dengan hidup yang lebih lama di akhirat sana. Semoga ianya sentiasa boleh dijadikan ingatan untuk diri saya sendiri....
"Tak kuasa aku nak jeles"
**********************
Biasa didengar, tapi amat sukar diakui. Siapa nak mengaku kan??? Terlalu banyak masa di media sosial, melihatkan senyuman orang lain (pelik dengan manusia yang tak suka tengok manusia lain tersenyum ni), kadang- kadang akan buatkan iri hati. Tak??? Sekali lagi saya katakan, tak semua orang akan mengaku dia cemburu. Di sini saya berikan 5 sahaja point bagi membuktikan anda cemburu tapi tak mahu mengaku. Jika ada di antara point saya nyatakan di bawah "YA" (jangan beri alasan lain). Mohonlah muhasabah diri atau unfriend sahabat tersebut bagi menjaga saham akhirat sendiri...
1. Anda tengok mereka pamerkan kegembiraan di media sosial, selepas tu anda membawang dengan orang lain...
2. Anda nak jadi macam mereka, tapi anda tak mahu mengakuinya di hati (
3. Anda tak tenang
4. Anda kata tak mahu ambil tahu tentang orang tersebut, tapi menunggu posting mereka
5. Anda rasa anda boleh lebih dari mereka
Tak perlu 5-5 ada kriteria dalam diri anda, cukuplah satu sudah buktikan anda sebenarnya cemburu dengan orang tersebut. Saya??? tipu kalau saya kata tak pernah berlaku, apa yg saya buat? Istighfar...hingga saya pernah sebak istighfar sambil akui lemahnya saya... Alhamdulillah, kembali tenang. Tapi syaitan takkan pernah duduk diam hingga kita benar-benar terpesong...Dia ganggu lagi...Seterusnya apa saya buat jika tak mampu bersangka baik??? Unfriend...atau Blocked!!! Agak drastik, tapi saya tak mahu berkompromi dengan hidup yang lebih lama di akhirat sana. Semoga ianya sentiasa boleh dijadikan ingatan untuk diri saya sendiri....
Saturday, March 3
Winter 2018 : London
Ogos 2017 Direzekikan Allah untuk ke London dan Paris buat kali pertama bersama En. Hero. Alhamdulillah Dec 2018 direzekikan sekali lagi tapi kali ni dpt bawa anak-anak bersama. Winter @ Europe??nak merasa okla, tapi untuk bawa anak-anak? pendapat saya...stress sebab sejuk sangat. Tak banyak shopping di London sebab nak elakkan bawa banyak barang untuk naik train ke Brussels & Paris nanti.
Cuma yang seronok kalini, dapat tengok Chelsea match!!! Champions League. Dapat pula duduk di kerusi supporter dia!! 90 minit berdiri je!!! Kalau duduk,alamatnya nampak bontot mat saleh jelah. Esoknya kami ke Manchester. Jauhhhh sangat.
Next??? Train ke Brussels untuk misi mencari kuda... InsyaAllah kalau sampai seru untuk saya updates saya share... *hugs*
Gambar: Oxford
Wednesday, February 28
KETAWA
Ada yang suka dengan lelaki romantik...peluk..cakap lemah lembut depan orang dan jadi bersemut handphone orang yang tengok di media sosial... Tipu kalau saya kata saya tak suka. Tapi saya hanya suka tengok je.Tumpang gembira dan tumpang senyum (sekarang kerap tengok comelnya rumahtangga Fattah dengan Fazura )Rasanya untuk saya yang dah hampir 17 tahun berumahtangga, cukuplah romantik si dia bila sentiasa buat bunyi kuat-kuat baca dalam solat tahajud untuk kejut saya (insaf kejap)..lepas Subuh kalau hujan terus ambil baju yang dah siap dibasuh hantar dobi (saya tak suka ada dryer di rumah,nanti bibik malas jemur kain) dan setiap pagi tanpa tertinggal sehari pun akan kejut anak-anak dara untuk bangun kencing, takut kencing tempat tidur dan banyak lagi untuk ditaip....
Yang lebih penting bagi saya, insan yang sentiasa buat saya ketawa. Dan yang lebih seronok, dia akan ketawa dan jadi diri dia yang sebenar bila hanya dengan saya...Tak perlu orang lain tahu. Ketawa, senyum dan positif amat penting bagi saya bila umur dah lebih 35 tahun ni. Dan kajian pakar mengatakan, orang yang selalu stress dan jarang ketawa lebih mudah dapat kanser...jadi bagi yang sudah ada kanser walau di stage yg belum tinggi, banyakkan ketawa dan positif untuk bunuh sel kanser di dalam badan. (Apesal cerita kanser pulak keluar ni?)
Masing masing ada minat masing-masing dan saya juga hingga kini amat-amat suka untuk kekalkan kehidupan yang akan sentiasa buatkan saya tersenyum. Agak pentingkan diri sendiri bunyinya. Tapi dengan usia yang dah makin tua dan singkat ni, cukuplah untuk saya dikenali sebagai orang yang suka tersenyum...
Ketawalah...senyumlah...dan sentiasa buat orang lain ketawa dan tersenyum dengan kita. Syurga Allah atas redha Allah dan juga atas apa kebaikan yang boleh kita buat untuk hamba Allah yang lain..termasuk membahagiakan...

Sunday, February 18
ICELAND 2017
Alhamdulillah...itu je yang mampu diungkapkan atas rezeki kesihatan dan peluang yang Allah izinkan buat saya dan suami serta sahabat lain apabila kami berpeluang untuk bermusafir hingga ke bumi Iceland pada tahun lepas (selepas Dubai, kami terus ke Iceland).Kalau diikutkan 3 malam di sana memang tak cukup, tapi berpeluang untuk ke sana bagi saya...syukur yang sikit untuk Allah beri yg banyak (walaupun banyak sangat dah Allah beri ni)...
Iceland??? cantik...sangat!!!! Kami bawa bekal kerana kos untuk makan di sana, sangat-sangat-sangatlah mahal. Mahal dia sampai sekarang saya ingat harga roti nan yang kami makan di kedai Pakistan bandar Reykjavik. Selepas melawat "mining facility'di Iceland (tujuan utama) kami dilayan seperti VIP di Blue Lagoon. MasyaAllah...sangat-sangat-sangatlah cantik...Berpeluang juga untuk berendam di sana. Saya tak bawa proper swimming attire tapi disebabkan nak juga merasa, saya ke salah satu kedai di sana dan beli.tutup mata hati saya bayar harga baju
Tiba di Malaysia selepas 30 jam perjalanan termasuk transit di London (4 jam) dan Dubai (4 jam). 3 hari memerap dalam bilik akibat rindukan tilam bantal sendiri. Kalau diberi peluang, saya nak menjelajah Iceland lagi bersama anak-anak. Seminggu di sana memandu sendiri...MasyaAllah..Iceland yang sangat cantik, bagaimanala syurga nanti???
Gambar 1: Hotel kami, 3 hari 2 malam di sana
Gambar 2: Blue Lagoon
Gambar 3: Blue Lagoon
Gambar 4: Jalan masuk ke Blue Lagoon
Iceland??? cantik...sangat!!!! Kami bawa bekal kerana kos untuk makan di sana, sangat-sangat-sangatlah mahal. Mahal dia sampai sekarang saya ingat harga roti nan yang kami makan di kedai Pakistan bandar Reykjavik. Selepas melawat "mining facility'di Iceland (tujuan utama) kami dilayan seperti VIP di Blue Lagoon. MasyaAllah...sangat-sangat-sangatlah cantik...Berpeluang juga untuk berendam di sana. Saya tak bawa proper swimming attire tapi disebabkan nak juga merasa, saya ke salah satu kedai di sana dan beli.
Tiba di Malaysia selepas 30 jam perjalanan termasuk transit di London (4 jam) dan Dubai (4 jam). 3 hari memerap dalam bilik akibat rindukan tilam bantal sendiri. Kalau diberi peluang, saya nak menjelajah Iceland lagi bersama anak-anak. Seminggu di sana memandu sendiri...MasyaAllah..Iceland yang sangat cantik, bagaimanala syurga nanti???
Gambar 1: Hotel kami, 3 hari 2 malam di sana
Gambar 2: Blue Lagoon
Gambar 3: Blue Lagoon
Gambar 4: Jalan masuk ke Blue Lagoon
Cukup
Pernah berada di situasi, pendapatan seisi rumah RM1200 dan kata... "besnya kalau income kita RM2000 sebulan". Allah izin, tapi masih belum cukup...
Tak malu pula sebagai hamba, saya kata lagi "kalau RM3000 sebulan mesti cukup". Hinggalah kini Allah beri saya terlalu banyak...
Sayangnya Allah, Dia jentik hati saya ketika saya belum sedar dulu...
Cukup itu bukan pada nilai...tapi pada redhanya hati kita...
Oh saya dah banyak sekarang, jadi bolehla cakap macam macam tentang duit sedangkan orang lain takde...Mereka kata...
Tapi mereka lupa, bagi yang bergaji 5 angka tidak akan pernah cukup dan mengharapkan 6. Yang sudah dapat 7 akan terus meminta untuk berkuasa. Bila kuasa di tangan dan taraf ekonomi tinggi tetap juga belum cukup dan risau bila ada orang lain dipandang hebat. Dari situlah hasad bercambah, iman tak kuat, sangka-sangka bermula dan ditambah dengan fitnah...Fitnah berleluasa manusia berbalah, ukhwah terlerai...hanya dari "belum cukup"
Cukupnya kita bukan pada nilai...Tidak sama sekali...
Tapi cukup kita bila kita bahagia bila orang lain bahagia...percayalah...kita belum cukup selagi cukup itu belum ada dalam diri.Paksa pada mulanya, insyaAllah ikhlasnya cukup akan Allah hadirkan...Wallahualam...

Tuesday, January 23
Dubai 2017 (ii)
Alhamdulillah rajin semula nak updates tentang trip saya dan suami ke Dubai 2017 (walaupun sekarang dan 2018). Saya share gambar jelah..Cuma pendapat saya, Dubai lebih seronok bila ada anak-anak (nampak sangat lepasni nak bawak anak datang Dubai)..Tak terlalu sejuk (Europe Winter Trip terlalu sejuk. Nanti free saya share). Paling suka dengan Dubai Creek dan Desert Safari. Yang lain lain, waterpark lebih sesuai ada anak-anak (sambung berharap boleh bawa anak-anak)...bandar mcm biasa, hutan konkrit (duit ada memang apa pon jadi) dan makan agak mahal (amat mahal). Shopping??? Saya hebat sebab tak shopping !!! Sekian, sila sambung tengok gambar...Oh ya, dari Dubai kami ke Iceland...tengoklah kalau rajin saya share cerita Iceland 2017 (walaupun di tahun 2018 dan berharap bukanlah 2019)
DUBAI 2017 (i)
GAMBAR 1: Dubai Mall
Alhamdulillah direzekikan lagi untuk bermusafir bersama suami. Tapi kalini lebih 'havoc'kerana bersama sahabat 'bisnes'En Hero yang lain.
Hari pertama sampai, selepas check in terus ambil teksi ke Dubai Mall. Makan memang mudah di Dubai (negara Islam) hanya sediakan duit jelah. MasyaAllah orang kaya...tengok jelah kami-kami yang belum kaya ni. Seharian di Dubai Mall saya masih belum berjaya habiskan GF (ground floor)...punyalah orang arab ni nak semua yg "ter"( terbesar, terpanjang, terkaya, terbanyak)
GAMBAR 2 : Pak Arab dgn Mak Arab sesat
Hari ke 2 masih seperti biasa...bangun dan misi menghabiskan masa sebelum kerja hakiki bermula. Masih ke Dubai Mall (nampak sangat tak puas hati pusing semalam tak berjaya habis)...Memandangkan tak ramai wanita dalam group suami yang join, bertabahlah dengan iman lelaki untuk pusing mall yang nipis. Mereka lebih rela cari cafe dan lepak borak... Hari ke 3 kerja hakiki bermula, Dari tengahhari hingga malam bermula dengan konvensyen dan terus ke annual dinner. Apa yg saya nampak??? Memandangkan delegasi seluruh dunia terlibat, saya amat respect dengan semangat rakyat Korea dan Jepun (turun bersama kami untuk konvensyen)...mereka bersatu!!! sesuatu yg amat sukar dipupuk oleh orang kita.Bertanyakan mereka apa yg membuatkan mereka amat hormatkan ketua mereka??Komen mereka, kalau anda nampak kami kerja kuat. Ketua kami 3 kali ganda leboh hebat dari kami. Ini membuatkan kami lebih bersemangat... (pengajaran: kepimpinan melalui teladan)
Gambar 3: Bangga dengan baju kurung
OK saya dah makin malas menaip, kita bersambung di episod Dubai 2017 (ii)
Subscribe to:
Posts (Atom)