Wednesday, June 7

Asal Boleh





Aleesya sebut "JIN BESERAH"🤣🤣🤣

Tuesday, June 6

Wakil Sedekah


Ramai terbiasa tentang sedekah, fadhilat dan juga bacaan tentang sedekah. Terutama jika bersedekah pada sekian-sekian hari. Tapi jarang yang tahu 'sisi lain' tentang sedekah. Wakil sedekah....

Sebelum ini (tahun- tahun yang lepas) saya kerap menjadi wakil untuk pelbagai program serta kutipan NGO secara kecilan untuk tabung sedekah. Berkebetulan sentiasa ada di kalangan sahabat En Hero yang mampu, dana Alhamdulillah amat mudah diperolehi. Saya terbiasa dipertemukan dengan insan hebat yang hanya mahu sedekah mereka ditanda sebagai 'HAMBA ALLAH'. Hinggakan kerap juga saya mohon untuk sedekah mereka terkadang diwar-warkan bagi tujuan baik dan contoh untuk masyarakat luar. Hebat sungguh mereka...

Bukan tentang sedekah yang saya ingin ceritakan kali ini. Percaya atau tidak, amatlah mudah untuk merahsiakan (pemberi) berbanding wakil sedekah (hinggakan kini agak jarang kutipan saya buat) KENAPA???


* Memberi sedekah secara rahsia, lebihlah mudah berbanding merahsiakan sedekah. Terutama terpaksa merahsiakan sedekah sahabat yang dipandang negatif oleh masyarakat luar tapi sebenarnya hebat sedekah jariah mereka.

* Menjadi wakil sedekah, terkadang pernah diuji (hati) untuk sentiasa bersangka baik terhadap hamba Allah yang difikirkan mampu tapi lebih kurang memberi berbanding mereka yg sebenarnya memerlukan. Kerap saya pujuk hati dengan bersangka baik, mungkin mereka hebat bersedekah atau memberi kepada pihak lain yang tidak saya ketahui.

* Dan utama sekali, menjadi wakil sedekah amatlah sukar untuk menjaga niat sendiri apabila masyarakat luar memandang sisi baik sedangkan lebih banyak sisi kurang baik yang Allah bantu sorokkan dari pandangan mata masyarakat.


Buat sahabat di luar sana, seikhlasnya dari hati saya. Jangan pernah takut untuk bersedekah. Saya tidak pernah sekalipun berjumpa dengan penyumbang yang jatuh miskin selepas bersedekah. Jika kalian pernah dan sentiasa dalam kesulitan, kemurungan atau gundah...bersegeralah bersedekah. Jangan berhenti sehingga setiap ujian dan kasih sayang dari Allah buat kalian diringankan. Buat sahabat yang sentiasa menjadi ' HAMBA ALLAH" dalam buku catatan saya, semoga Allah terus limpahkan rahmat dan kasih sayang buat hidup kalian hingga ke anak cucu. Semoga sedikit bantuan kita di dunia menjadi penghubung untuk kita semua dihimpunkan di syurga akhirat kelak. Amiin Ya Rabbal Alamiin....

Tradisi Ramadhan

Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan yang mulia. Selain daripada terlalu banyak pahala sunat yang boleh dikejar, saya selalu berharap setiap kali Ramadhan akan meninggalkan satu ibadat walau sangat kecil asalkan istiqamah di bulan - bulan lain sesudah Ramadhan. Aamiin...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Mummmy saya menggunakan kuasa 'VETO' beliau mewajibkan semua anak-anak untuk pulang berbuka puasa bersama sekurangnya pada hari pertama Ramadhan. Menampakkan keadilan, memandangkan En Hero juga anak lelaki dan perlu bertanggungjawab kepada ibunya, Cik Ton juga terjebak sekali (Alhamdulllah). Berjaya juga kami "culik" Mama untuk dua malam bermalam bersama kami sekeluarga.

Sejak dahulu, semua orang sibuk. Dengan dunia dan komitmen masing-masing. Atas rasa tanggungjawab untuk membuatkan kedua orang tua (bapa saya telah meninggal dunia) bagi saya apalah salahnya untuk kami luangkan masa untuk berbuka bersama-sama. Ada yang mungkin boleh bersuara, taraf ekonomi saya kini memudahkan. Alhamdulillah atas rezeki kini, semoga Allah terus pelihara. Tapi tradisi ini kami pelihara sejak 15 tahun lepas lagi. Walaupun ketika itu En Hero kerja shif.

Tiada alasan jika mahu dan alasan akan sentiasa ada jugak kurang atau tidak mahu. Mudah!!! Saya kini, lebih suka untuk orang sekeliling saya bahagia jika saya ingin bahagia. Semampu saya untuk buat yang terbaik dari kaca mata saya. Hanya ada 2 ibu kini dan mengharapkan setiap hari doa dari mereka. Semoga Allah terus rahmati mereka sebagaimana mereka amat menyayangi kami sejak kecil lagi. Cinta tanpa syarat. Menyayangi kami/ saya sebelum saya dilahirkan lagi. Tulus kan ???




Gambar : Kami sebelum 'balik kampung'

Saturday, June 3

Dinding...


Setiap rumah ada dinding. Hinggakan setiap ruang di dalam rumah juga berdinding. Membezakan setiap ruang untuk menciptakan satu ruang yang lebih besar dipanggil 'PRIVASI'. Begitu jugalah dalam satu-satu hubungan. Hatta hubungan keluarga sekalipun.


Saya selalu ambil contoh En Hero yang melarang terus jika saya ingin masuk campur menasihati adik beradik saya atau ipar sendiri. Untuk perkara yang tidak perlu, beliau lebih selesa dengan pendekatan tengok dan doakan. Di awal usia perkahwinan agak pelik bagi saya. Terbiasa dengan hubungan kami adik beradik yang berkongsi dan menasihati dalam apa jua perkara. Hinggalah....




Hamba Allah dari kalangan keluarga kami berbual dan meluahkan sesuatu. Dengan harapan untuk saya minta En Hero menasihati pasangannya. En Hero tetap berdiam. Saya pelik. Beliau tetap senyap dan tidak berbuat apa-apa. Rupanya alasan beliau, jika tidak mahu orang luar turut campur tangan dalam urusan keluarga kita, jangan sesekali masuk campur hubungan orang lain. Biarkan walau kita tahu mereka akan jatuh.

Jatuhlah yg membuatkan kita berjalan. Jatuh mengingatkan kita kepada yang lebih hak untuk membangunkan kita dan jatuh jugalah yang membezakan kita dengan orang lain. Kita, orang luar (walaupun adik beradik) tak tahu apa yg mereka hadapi. Biarkan...doakan...doakan...berbaik sangka...

Bagi saya, selepas 15 tahun kami mendirikan rumahtangga. Pendekatan beliau amat hebat. Jangan sesekali masuk campur dan memberi pendapat untuk "rumah' orang lain. Letakkan dinding sebagai ruang untuk ciptakan privasi bagi mereka...dan sebenarnya bagi kita juga....satu perkataan yang paling seuai digunakan....

HORMAT