Bismillahirrahmanirrahim...
Kebiasaannya..wanita..perempuan..akan sentiasa dan terbiasa dengan
'drama,cerekarama,sinetron mahupun telenovela''Harini ok,selepas sejam jangan terkejut kalau tak ok. Hingga pernah berlaku, bila ditanya kenapa tiba-tiba
badmood, mereka
(kami) sendiri tak tahu kenapa emosi terjadi. Yang kadang-kadang perkara yang amat remeh (keronsang hilang) juga boleh menjadikan emosi saya akan gelap sepanjang hari....percayalah....
Saya amat mudah marah, kekurangan saya...Tapi dalam masa kurang 15 minit, saya juga amat mudah untuk
let go, kelebihan saya. Alhamdulillah... Ada sahabat (ramai) yang tanya bagaimana saya mudah untuk melupakan? Apa yang mampu saya kongsikan?
DOA
Bukan doakan saya,tapi bantu untuk doakan sesiapa yg pada ketika itu mengguriskan hati saya,sama ada mereka sedar atau tidak. Ya !!! tak mudah !!!Amat sukar. Saya pernah paksa diri untuk mendoakan kebaikan buat beliau hingga saya menangis. Tidak rela tapi saya relakan. Dalam tangisan, saya menggeleng...Perit...Saya yakin syurga Allah amat mahal harganya...Amat tidak berbaloi untuk saya dan mereka dihumban ke api neraka (Nauzubillahminzalik) hanya kerana perkara di dunia...Syurga yang kekal....
Bila saya maafkan, adakah saya lupakan? (forgive but never gorget).
TAK!!! itu bukan konsep memaafkan. Tipu kalau saya tegakkan saya tak rasa apa-apa. Tipu.. Konsep saya sekarang syurga...Besar fokus saya, dengan harapan fokus sahabat pembaca saya juga. Amatlah rugi jika disebabkan kesilapan si polan di dunia terhadap kita, di terik Padang Mahsyar kelak saya terpaksa tunggu lebih lama hanya kerana konsep
"forgive but will never forget' saya pegang.
Senyum bukan tanda terhegeh,
Salam bukan tanda murah,
Doa bukan tanda kalah,
Menegur bukan tanda rendah...
Kerana pandangan saya, hanya tertumpu kepada syurga yang kekal abadi. Saya hanya ada tangan untuk berdoa, untuk dia sebenarnya bukan untuk dia...tetapi untuk saya...Wallahualam....
*Bantu saya, doakan saya...maafkan kesalahan saya.Yang selalu terleka. Antara sedar atau tidak. Saya tak mampu di Akhirat kelak terpaksa merangkak mencari kalian....