Sunday, July 19

Perjalanan Menuju Makkah...Part 1

Selepas sesi edit mengedit dijalankan (termasuk copy n paste dr blog aunty2 d saudi)..lahirlah episod 1 dairi kita ke Makkah....It was a very wonderful n unforgettable journey...ngan ribut pasir nyer,toilet d saudi yg mmg mencabar hidung n anak tekak!dan terutama skali perjalanan yang panjang-lebih kurang 15 jam pergi n balik dgn seorang driver n co- driver yg asyik tido!!!( sebab pompuan mmg diharamkan terus utk letakkan kaki kat pedal minyak!!!)....Berikut beberapa episod yang mama dah edit utk para pembaca yg telah'diinvite' dan terutama skali, diari dari mama untuk anak2 mama bila besar nanti( takut mama dah x ingat nak cita)...

Episod 1- Perjalanan dari Jubail ke Makkah
Episod 2- Perjalanan Umrah kita di Makkah
Episod 3- Perjalan Pulang Makkah ke Jubail

Episod 1

Perjalanan bermula dari jam 2.15 petang dari Westwind ke Quwawiyah( Umah Aunty Tina,Aunty Nina, Aunty Fid n Aunty Ckin)..st trip melibatkan 8 keluarga dan baki 2 keluarga lagi bertolak pada jam 5.30 petang...

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam.Sib baik mama ada bawak bekal...siap ngan nasi goreng cina,burger ayam,french cheese toast n french fries...dan semuanya licin!!!(melalutla plak!!)Quwawiyah adalah bandar kecil selepas Riyadh ( lebih kurang 1 1/2 perjalanan selepas Riyadh aka +200 km).Perjalanan ke Quwawiyahnya..huhuhu..sand storm saja dekat sejam nak kena redah dengan nak kena kejar suma keta2 bagak besar (sebab abah stakat nih mampu bli vios je).Purata speed?120km/jam.(itu dalam sand storm tuh!!!)Bergegar keta!!Kita bermalam di hotel (quwawiyah) di sana dengan kadar SR100 1 malam(info utk.sesiapa berminat).Keesokan harinya kita bertolak ke Taif (lebih kurang 650 km perjalanan aka 7 1/2 jam termasuk sesi isi minyak, sesat dan solat).

Selepas miqat di Taif perjalanan diteruskan ke Makkah semua sampai selepas solat Isyak.Dari Taif ke Makkah perjalanannya mmg mencabar.Bukan sebab jalan x elok atau faktor geografi tapi sebab ada yg berhenti ke toilet sebelum sampai di Taif(berkali2,mungkin food poisoning) dan ada yang teruskan perjalanan yg tinggal ngan group kita rasanya 5 biji keta je...yg lain miqat kat tempat lain sebab sesat( Taif ada byk tempat yg disedia kan untuk miqat )So....bersambung d episod 2 dan iklannya...sedikit gambar yg dicedok dr blog2 terkenal Jubail dan simpanan dari handphone abah....

No comments:

Post a Comment