Setiap rumah ada dinding. Hinggakan setiap ruang di dalam rumah juga berdinding. Membezakan setiap ruang untuk menciptakan satu ruang yang lebih besar dipanggil 'PRIVASI'. Begitu jugalah dalam satu-satu hubungan. Hatta hubungan keluarga sekalipun.
Saya selalu ambil contoh En Hero yang melarang terus jika saya ingin masuk campur menasihati adik beradik saya atau ipar sendiri. Untuk perkara yang tidak perlu, beliau lebih selesa dengan pendekatan tengok dan doakan. Di awal usia perkahwinan agak pelik bagi saya. Terbiasa dengan hubungan kami adik beradik yang berkongsi dan menasihati dalam apa jua perkara. Hinggalah....

Hamba Allah dari kalangan keluarga kami berbual dan meluahkan sesuatu. Dengan harapan untuk saya minta En Hero menasihati pasangannya. En Hero tetap berdiam. Saya pelik. Beliau tetap senyap dan tidak berbuat apa-apa. Rupanya alasan beliau, jika tidak mahu orang luar turut campur tangan dalam urusan keluarga kita, jangan sesekali masuk campur hubungan orang lain. Biarkan walau kita tahu mereka akan jatuh.
Jatuhlah yg membuatkan kita berjalan. Jatuh mengingatkan kita kepada yang lebih hak untuk membangunkan kita dan jatuh jugalah yang membezakan kita dengan orang lain. Kita, orang luar (walaupun adik beradik) tak tahu apa yg mereka hadapi. Biarkan...doakan...doakan...berbaik sangka...
Bagi saya, selepas 15 tahun kami mendirikan rumahtangga. Pendekatan beliau amat hebat. Jangan sesekali masuk campur dan memberi pendapat untuk "rumah' orang lain. Letakkan dinding sebagai ruang untuk ciptakan privasi bagi mereka...dan sebenarnya bagi kita juga....satu perkataan yang paling seuai digunakan....
HORMAT
No comments:
Post a Comment