Anak,Isteri,Ibu,Sahabat dan InsyaAllah cuba untuk menjadi hambaNya yang terbaik..... Bermula hampir 7 tahun yang lepas sebagai jurnal peribadi untuk tatapan keluarga sahaja.Dan kini rasanya semakin "kuat"untuk menjadi tatapan sesiapa yang rajin membaca.Dari kacamata surirumah....
Tuesday, June 6
Wakil Sedekah
Ramai terbiasa tentang sedekah, fadhilat dan juga bacaan tentang sedekah. Terutama jika bersedekah pada sekian-sekian hari. Tapi jarang yang tahu 'sisi lain' tentang sedekah. Wakil sedekah....
Sebelum ini (tahun- tahun yang lepas) saya kerap menjadi wakil untuk pelbagai program serta kutipan NGO secara kecilan untuk tabung sedekah. Berkebetulan sentiasa ada di kalangan sahabat En Hero yang mampu, dana Alhamdulillah amat mudah diperolehi. Saya terbiasa dipertemukan dengan insan hebat yang hanya mahu sedekah mereka ditanda sebagai 'HAMBA ALLAH'. Hinggakan kerap juga saya mohon untuk sedekah mereka terkadang diwar-warkan bagi tujuan baik dan contoh untuk masyarakat luar. Hebat sungguh mereka...
Bukan tentang sedekah yang saya ingin ceritakan kali ini. Percaya atau tidak, amatlah mudah untuk merahsiakan (pemberi) berbanding wakil sedekah (hinggakan kini agak jarang kutipan saya buat) KENAPA???
* Memberi sedekah secara rahsia, lebihlah mudah berbanding merahsiakan sedekah. Terutama terpaksa merahsiakan sedekah sahabat yang dipandang negatif oleh masyarakat luar tapi sebenarnya hebat sedekah jariah mereka.
* Menjadi wakil sedekah, terkadang pernah diuji (hati) untuk sentiasa bersangka baik terhadap hamba Allah yang difikirkan mampu tapi lebih kurang memberi berbanding mereka yg sebenarnya memerlukan. Kerap saya pujuk hati dengan bersangka baik, mungkin mereka hebat bersedekah atau memberi kepada pihak lain yang tidak saya ketahui.
* Dan utama sekali, menjadi wakil sedekah amatlah sukar untuk menjaga niat sendiri apabila masyarakat luar memandang sisi baik sedangkan lebih banyak sisi kurang baik yang Allah bantu sorokkan dari pandangan mata masyarakat.
Buat sahabat di luar sana, seikhlasnya dari hati saya. Jangan pernah takut untuk bersedekah. Saya tidak pernah sekalipun berjumpa dengan penyumbang yang jatuh miskin selepas bersedekah. Jika kalian pernah dan sentiasa dalam kesulitan, kemurungan atau gundah...bersegeralah bersedekah. Jangan berhenti sehingga setiap ujian dan kasih sayang dari Allah buat kalian diringankan. Buat sahabat yang sentiasa menjadi ' HAMBA ALLAH" dalam buku catatan saya, semoga Allah terus limpahkan rahmat dan kasih sayang buat hidup kalian hingga ke anak cucu. Semoga sedikit bantuan kita di dunia menjadi penghubung untuk kita semua dihimpunkan di syurga akhirat kelak. Amiin Ya Rabbal Alamiin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment