GAMBAR 1: Dubai Mall
Alhamdulillah direzekikan lagi untuk bermusafir bersama suami. Tapi kalini lebih 'havoc'kerana bersama sahabat 'bisnes'En Hero yang lain.
Hari pertama sampai, selepas check in terus ambil teksi ke Dubai Mall. Makan memang mudah di Dubai (negara Islam) hanya sediakan duit jelah. MasyaAllah orang kaya...tengok jelah kami-kami yang belum kaya ni. Seharian di Dubai Mall saya masih belum berjaya habiskan GF (ground floor)...punyalah orang arab ni nak semua yg "ter"( terbesar, terpanjang, terkaya, terbanyak)
GAMBAR 2 : Pak Arab dgn Mak Arab sesat
Hari ke 2 masih seperti biasa...bangun dan misi menghabiskan masa sebelum kerja hakiki bermula. Masih ke Dubai Mall (nampak sangat tak puas hati pusing semalam tak berjaya habis)...Memandangkan tak ramai wanita dalam group suami yang join, bertabahlah dengan iman lelaki untuk pusing mall yang nipis. Mereka lebih rela cari cafe dan lepak borak... Hari ke 3 kerja hakiki bermula, Dari tengahhari hingga malam bermula dengan konvensyen dan terus ke annual dinner. Apa yg saya nampak??? Memandangkan delegasi seluruh dunia terlibat, saya amat respect dengan semangat rakyat Korea dan Jepun (turun bersama kami untuk konvensyen)...mereka bersatu!!! sesuatu yg amat sukar dipupuk oleh orang kita.Bertanyakan mereka apa yg membuatkan mereka amat hormatkan ketua mereka??Komen mereka, kalau anda nampak kami kerja kuat. Ketua kami 3 kali ganda leboh hebat dari kami. Ini membuatkan kami lebih bersemangat... (pengajaran: kepimpinan melalui teladan)
Gambar 3: Bangga dengan baju kurung
OK saya dah makin malas menaip, kita bersambung di episod Dubai 2017 (ii)



No comments:
Post a Comment