Sunday, February 18

ICELAND 2017

Alhamdulillah...itu je yang mampu diungkapkan atas rezeki kesihatan dan peluang yang Allah izinkan buat saya dan suami serta sahabat lain apabila kami berpeluang untuk bermusafir hingga ke bumi Iceland pada tahun lepas (selepas Dubai, kami terus ke Iceland).Kalau diikutkan 3 malam di sana memang tak cukup, tapi berpeluang untuk ke sana bagi saya...syukur yang sikit untuk Allah beri yg banyak (walaupun banyak sangat dah Allah beri ni)...

Iceland??? cantik...sangat!!!! Kami bawa bekal kerana kos untuk makan di sana, sangat-sangat-sangatlah mahal. Mahal dia sampai sekarang saya ingat harga roti nan yang kami makan di kedai Pakistan bandar Reykjavik. Selepas melawat "mining facility'di Iceland (tujuan utama) kami dilayan seperti VIP di Blue Lagoon. MasyaAllah...sangat-sangat-sangatlah cantik...Berpeluang juga untuk berendam di sana. Saya tak bawa proper swimming attire tapi disebabkan nak juga merasa, saya ke salah satu kedai di sana dan beli. tutup mata hati saya bayar harga baju

Tiba di Malaysia selepas 30 jam perjalanan termasuk transit di London (4 jam) dan Dubai (4 jam). 3 hari memerap dalam bilik akibat rindukan tilam bantal sendiri. Kalau diberi peluang, saya nak menjelajah Iceland lagi bersama anak-anak. Seminggu di sana memandu sendiri...MasyaAllah..Iceland yang sangat cantik, bagaimanala syurga nanti???



Gambar 1: Hotel kami, 3 hari 2 malam di sana


Gambar 2: Blue Lagoon


Gambar 3: Blue Lagoon


Gambar 4: Jalan masuk ke Blue Lagoon

No comments:

Post a Comment