Tak layak sangat sebenarnya untuk saya komen dan beri pendapat tentang pendidikan anak-anak. Bagi saya setiap keluarga ada acuan dan harapan masing -masing. Bersesuaian juga dengan tahap pemikiran dan juga fizikal setiap anak- anak. Cuma bagi saya, satu sahaja yang target dan fokusnya sama cuma amat kurang diberi fokus oleh ibubapa moden kini (saya agak kolot). ADAB
Percaya atau tidak, lebih ramai ibubapa berlumba untuk anak pandai membaca, bercakap bahasa inggeris, mengaji dan menghafaz Al Quran dan genius matematik berbanding yg berlumba untuk pastikan anak-anak mereka teratur adab mereka.Agak sakit mata seringkali bila saya dan teman berbual, mereka membiarkan anak meyampuk. Kalau zaman saya dulu, peha mesti tiba-tiba panas dan pedih. Balik rumah mesti biru kesan dicubit. Itu didikan ibu bapa dulu. Dan hasil didikan yang tegaslah, mereka yg lingkungan lebih 30 tahun lebih kental dan beradab berbanding berusia 20an dan ke bawah!!!
Berapa ramai ibubapa yang percayakan anak berbanding orang luar yang datang mengadu??? Berapa ramai ibu bapa bermasam muka dengan ibubapa lain hanya kerana salah penceritaan atau intonasi dari cerita anak-anak??? Berapa banyak kes serang menyerang berlaku hanya kerana anak engkau dan anak aku??? Konklusinya, bagaimana mendidik anak yang kental jika hanya dari cerita anak yang remeh sahaja kita tak mampu untuk kental??
Rata- rata masa saya banyak dihabiskan bersama anak-anak.Dan juga kawan-kawan mereka. Setakat mendengar cerita mereka,amat banyak!!! Tapi untuk mengadili perkara negatif, saya cuba elakkan. Alhamdulillah hingga sekarang, anak-anak saya sangat cuba elakkan mengadu tentang apa yang mereka dengar kerana tahu, "mama tak suka". Biarkan anak dalam cerita mereka dan kita perbaiki cerita realiti kita. Bukan mengatakan cara saya terbaik. Jauh sekali mengatakan saya pandai mendidik. Tapi bagi saya, untuk kehidupan 10 tahun akan datang saya perlu sediakan anak - anak saya yang kental dan beradab. Bijak dan cerdik sahaja tak cukup untuk 10 tahun akan datang. Berapa ramai orang cerdik pandai dibuang kerja dan tiada kawan hanya kerana tiada adab??? Dan berapa ramai orang beradab kekal berkat hidup mereka hanya walaupun kurang cerdik???
Semoga saya dan anda semua mampu bersama-sama mendidik anak-anak dan membekalkan mereka pendidikan adab dan nilai murni terbaik. Anak yg beradab insyaAllah bijak...percayalah...dunia sangat singkat untuk berlumba. Cukuplah berlumba dengan diri sendiri untuk tujuan memperbaiki taraf diri sendiri. Tanya diri semula, apa yang kita nak wariskan untuk masyarakat???


No comments:
Post a Comment