Bermakna semakin rajinlah sekarang ni. Kalau sehari hingga 2 entry 😂 Topik keluarga dah semakin saya sendiri akan cuba kurangkan memandangkan FB, IG dan watsapp sendiri sudah agak banyak saya updates tentang kami. Blog hanya sebagai sesi saya berkongsi apa sahaja yang saya rasa 'sesuai' untuk dibaca dan dikongsikan dan juga untuk gilap semula minat saya dalam penulisan (dari kacamata seorang surirumah).
Alhamdulillah,hujung minggu lepas dan semalam Hari Ibu dan Hari Guru disambut di seluruh dunia. Seperti topik smasa, banyak jugala sahabat mula kongsikan video dan dari pelbagai Ustaz tentang fatwa dll tentang hari ibu. Adat bersosial... HORMAT
Dulu saya sering tertanya,kenapa ye Ustaz dan Ustazah di dalam friendlist FB saya jarang keluarkan apa-apa artikel di media sosial? Kenapa tak gunakan media sosial sebagai medium untuk berdakwah? Mereka lebih 'senyap' berbanding saya dan kami-kami yang lain. Sekarang? Saya makin faham kenapa.... Kerana kita tak suka membaca.Semakin malas hinggakan baca tajuk dah buat andaian dan viralkan tanpa baca isinya. Page FB dan blog serta buku ilmiah Lebih sesuai. Kenapa??? Jika kita pilih medium tersebut untuk ilmu tambahan, bermakna kita sebenarnya lebih bersedia untuk tahu dan ambil tahu.
Hari Ibu ... kesian kepada sahabat yg ucapkan di FB.Selepas diviralkan haram dll (sedangkan mereka dan kami wish penghargaan).Pendapat saya, yang tidak sambut tetapi hanya mengucapkan sebagai tanda terima kasih kepada ibu dan ibu mertua saya.Nak ucap hari-hari sayang??? Memang takla... Nak beli hadiah hari-hari??? Pun rasanya tak sesuai. Dan utama sekali, sekurangnya mereka tahu,anak dan menantu mereka amat-amat hargai dan terlalu sayangkan mereka.Cukup...(perkara jarang buat lebih eksklusif). Jadi pendapat saya,Ya!!! Hormat sayang mereka,wajib setiap hari!!! Nak samakan dengan sambut ibu kepada agama kristian dll...ini ilmu aqidah.Aqidah x sama dengan fekah.Ianya dari hati...panjang utk dihuraikan... untuk disamakan dgn Kristian dll,tidakkan nampak kita sangat rasis dan jumud keterlaluan???
Hari Guru??? Sama je konsepnya seperti di atas.Satu satunya hari di mana anak-abak boleh tengok guru mereka buat lawak(terutama bg cikgu disiplin) menari dan mereka berpeluang utk beri hadiah serta ucapkan penghargaan. Ibu bapa boleh bantu anak-anak sediakan hadiah untuk guru mereka. Kalau nak bagi tanpa sebab masa bukan Hari Guru nanti macam kata bodek cikgu pulak. (menghargai hari-hari tak sama dengan ucapkan penghargaan.Perasaan dia lain)
Jadi...HORMAT!!! Saya fikir ianya adab bersosial yg mula-mula perlu diterapkan sejak mula kita mula sign up media sosial... Wallahualam

Gambar : Guru kelas Tingkatan 4-5 saya baru kongsikan hadiah yang saya berikan kepada beliau dulu( di komen FB) Masih disimpan beliau. Perasaan??? Amat terharu....
No comments:
Post a Comment