Friday, May 19

Gold Coast 2016

Memandangkan dah terlalu lama blog saya "bersawang",banyaknya saya nak bercerita (walaupun kadang-kadang saya sendiri tak tahu dengan siapa saya bercerita). Siapa sangka, saya sendiri pun tak sangka. Perjalanan musafir saya tahun lepas direzekikan Allah melalui anak- anak. Alhamdulillah kami bermusafir bersama lebih hampir 20 orang yang lain. Sebagai persediaan untuk anak teruna saya mewakili Pahang dalam Sukma 2018 (InsyaALLAH).


5 wakil dalam team kami. MasyaAllah hebat belaka dan anak saya dengan saiz yang paling kecil...Tak nak cerita tentang competition. Nak bercerita tentang negara yang saya pergi (lebih kepada niat untuk belajar). Kami tiba di Gold Coast dan teruskan perjalanan dengan konvoi memandu sendiri dan tiba di bandar Gatton, Queensland. MasyaAllah cantiknya bumi Allah... penuh dengan padang rumput di sepanjang perjalanan kami dan utama sekali... BERSIH Kenapa ye???


Lebih seminggu saya di bandar Gatton. Pekan koboi yang sangat-sangat tenang. Sesekala bising bila keretapi lalu dan malam minggu (rupanya mereka berhibur seminggu sekali). Direzekikan juga melalui salah seorang ibu solehah, ditegur orang Islam di Gatton (agak sukar nak dapatkan real halal food di sana). Rupanya hamba Allah tersebut ada buat bisnes catering. MasyaAllah agaknya berkat rezeki kami yang bawa 4 orang anak hafiz dan hafizah. Allah lorongkan untuk kami dapatkan makanan halal dengan amat mudah. terus tak laku maggi berkotak yang kami bawa


Banyak sebenarnya nak bercerita. Terlalu banyak ilmu yang saya dapat sepanjang kami bermusafir.Alhamdulillah direzekikan banyak nikmat. Nikmat kesihatan, nikmat rezeki untuk bermusafir dan kenal sahabat, nikmat kewangan untuk memudahkan lagi perjalanan dan utama sekali nikmat untuk sentiasa belajar dari pemerhatian. Sentiasa dalam doa saya, dijauhkan riak dalam posting di FB (bershopping, tinggal di mana, makan apa) ketika bermusafir. Bimbang ada yang berkecil hati dan kelak menjadi saham rugi untuk saya di akhirat kelak. Nauzubllahminzalik.

Antara ilmu terbaik ketika saya bermusafir yang lepas, MasyaAllah nikmat terbaik yang saya rasa Allah kurniakan....Alhamdulillah.


*** Mereka bersih dan tempat mereka bersih. Tak ramai cleaner yang saya nampak tetapi negara mereka bersih. Islam menerapkan kebersihan kepada penganutNya tetapi bersih saya jumpa di negara bukan Islam :(

*** Konsep halal di negara mereka amat-amat berbeza dengan konsep halal di Indonesia... (nanti kalau ada masa saya kongsikan konsep halal di Indonesia)

*** Mereka sabar dalam beratur

*** Anak-anak saya tak jumpa berpeleseran merata-rata. Saya tak pasti kenapa tetapi saya nampak mereka terlalu titikberatkan aktiviti bersukan dan rata-rata keluarga mempunyai kuda mereka sendiri terutama yang ada farmhouse

*** Bermusafir mengajar saya sabar dan kenal sahabat dan kawan. Syukur...

Mungkin ada yang kata, kerana saya mampu. Alhamdulillah Allah izinkan. Selepas lebih 10 tahun perkahwinan kami diizinkan. Konsep musafir banyak, dan utama sekali apa yang ingin saya kutip sbagai ilmu dalam bermusafir. Bermusafirlah jika mampu...Kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. InsyaAllah....



***Team kami, dari Pahang....

No comments:

Post a Comment