Sunday, July 30

FOKUS


Kehidupan saya dalam bersosial agak sibuk. Mungkin disebabkan hampir 7-8 tahun En Hero bekerja di luar Malaysia dan kami menjadi pasangan PJJ membuatkan lebih mudah saya 'bersosial' dengan ramai sahabat di Kuantan semasa ketiadaan beliau.Namun jika beliau di rumah, pulang bercuti. Hampir semua saya tinggalkan hinggakan handphone juga saya kurangkan penggunaannya bagi menjadi isteri sepenuh masa untuk beliau. Syurga saya di hati beliau, sejuk hati beliau memandang saya...InsyaAllah mudahlah jalan untuk saya ke syurga yang kekal. Aaamiin...

Namun kini selepas hampir setahun En Hero melepaskan jawatan beliau untuk bekerja di 'bidang minyak', fokus saya banyak tertumpu kepada alam rumahtangga saya yang agak sibuk.Sahabat saya hanyalah beliau (memandangkan beliau pendengar setia yang tak akan talam dua muka kerana beliau hanya mendengar tapi bukan mengingat)

Ramai juga insan terdekat yang berkecil hati. Amatlah sukar juga untuk saya berbual,bertanyakan khabar sambil minum kopi (tapi kami tak order kopi) kerana aktiviti bersosial kami juga agak sibuk. En Hero lebih selesa saya berkawan dengan isteri-isteri sahabat beliau. Lebih mudah untuk memantau dan peluang untuk keluar bersama lebih kerap (walaupun beliau tidak suarakan,tapi dari jadual yang beliau buat saya tahu) Saya terpaksa hormati, beliau jambatan untuk saya ke syurga dengan lebih mudah.

Apa yang ingin saya suarakan di sini. HORMAT ... Mudah tapi sukar untuk diterima...DOAKAN...mudah tapi sukar untuk dilakukan...Masalah wanita/ perempuan banyak berkisar tentang dunia luar. Mungkin dari situ pernah dinasihati dan diingatkan untuk suami 'ikat' isteri atau anak perempuan mereka dari keluar di dunia akhir zaman. Saya ambil 'ikat' kini sebagai 'pantau'. Saya bukanlah kategori wanita yang baik. Cuma saya sentiasa mahu menjadi baik dan solehah di mata suami dan anak-anak saya. Itu sudah lebih dari mencukupi. Jalan paling mudah adalah...bersahabat dengan erat dengan suami. Tips untuk saya, mungkin untuk kalian juga....




No comments:

Post a Comment