Menjadi satu trend yang amat baik kini, rata-rata ibubapa amat berkehendakkan anak syuga mereka menjadi Al-Hafiz @ Al Hafizah. Kebanyakannya mengharapkan anak mereka kelak dapat menjadi saham akhirat buat mereka. Syukur Alhamdulillah direzekikan oleh Allah secara tiba- tiba anak teruna saya amat berminat untuk menjadi warga MTNP (Maahad Tahfiz Negeri Pahang).Jauh dari layaknya saya berbanding nikmat tersebut.Hanya saya mulakan pendidikan awal Al Quran dengan mengajar sendiri (IQRA) dan disambung oleh Ustaz yg datang ke rumah dan seterusnya ke MTAPD,Sungai Karang selepas waktu persekolahan.Dari situlah permulaan minat Adam (dan kini Aisyah,Alhamdulillah)
Bukan dikategorikan sebagai anak yg 'membaca terus dapat'. Jujur, dia sangat berusaha dan saya banyak menangis. Tidak seperti yang sahabat nampak. Hanya yang terdekat mengetahuinya.Saya jarang bercerita. Jalan yang dipilih mendekati Al Quran bukanlah mudah. Mahalnya syurga Allah...
Buat ibu-ibu yang ratanya sahabat saya bertanyakan tips, sejujurnya seperti seorang alim pernah nasihati saya dahulu(semoga Allah terus rahmati beliau) . Mahukan anak menjadi Al Hafiz, ibu perlu lebih banyak menangis memohon dari Allah. Adam pernah tersekat di juzuk 5 selama 2 bulan. Marah, tegas, setiap petang menemani beliau menghafal dan tasmik, watsapp Ustaz beliau bertanyakan tips...tetap tidak berganjak walau satu mukasurat. Sambil menangis saya tanyakan beliau.... penamatkah??? Mahu ditukarkan??? Sambil menggeleng beliau katakan ini impian beliau sejak kecil. Beliau minta saya yakin dan doakan beliau. Hati ibu mana tidak menangis ketika itu...nipisnya iman saya. Sedangkan saya tidak perlu memaksa beliau untuk dekat dengan "kata-kata Allah". Sejak dari itu saya banyak menangis memohon redha Allah atas pilihan beliau, Dan diampunkan dosa saya juga andai menjadi punca kesukaran beliau...kami bersama.
Istiqamah, amat sukar.Ramai yang mudah bermula tapi amat sukar untuk bertahan. Jauh untuk menghantar,Tiada masa, Ustaz atau Ustazah tak bagus, anak hilang fokus, hafazan tak banyak sehari...banyak alasan saya dengar...sedangkan, kitalah guru pertama anak-anak kita. Mahu anak dekat dengan Al Quran tapi kita sebagai ibu jarang tasmik bersama, dan jarang juga kita menjadi mentor anak-anak kita sebagai ibu yang dekat dengan Al Quran...adilkah??? Nasihat dan peringatan ini juga ditujukan kembali kepada saya yang iman juga ada turun dan naiknya...
Namun, menjadi Al Hafiz bukanlah segalanya. Menjadi hamba Allah yang dapat beramal dengan kata-kataNya serta sunnah Rasulullah lebih utama. Jika direzekikan untuk menghafal,Alhamdulillah bonus buat kita @ anak kita. Buat sahabat yang berminat untuk anak mereka mendekati Al Quran dan menghafaz, teruskan. Jalannya indah walau amat berliku. Banyakkan menangis memohon. Tanpa sesiapa sedar, tanpa sesiapa tahu. Cinta dan tulus buat saham akhirat syurga kalian kelak, InsyaAllah...Wallahualam.

No comments:
Post a Comment