Saturday, July 22

No Caption


WANITA. Bak kata lelaki, sangat rumit. Rumitnya wanita bagi lelaki atau ramai lagi orang lain, kadang kadang mereka marah hinggakan bila ditanya kenapa mereka marah??? Mereka sendiri tak dapat jelaskan kenapa mereka marah. SETUJU??? (mereka boleh ditukar kepada saya)


Saya elakkan utarakan tentang gender. sensitif

Siapa pernah dengar, kalau nak bahagia. Pedulikan apa orang kata.Kalau kita terbiasa dengan 'apa orang kata' 'tak eloklah nanti orang nampak' ...'peliknya dari orang lain'...memang agak sukar untuk elakkan keterbiasaan dari kebiasaan sejak kecil. Lingkungan kehidupan.

Hubungan saya bersosial dan bersahabat, pendapat saya...seikhlasnya...macam yo-yo.Mungkin saya terbiasa dengan terlalu banyak harapan yang kini saya mula sedar, less is more. Masalah wanita juga...suka bercakap...dan mungkin akibat banyak bercakap dan Allah sayang, Dia tarik nikmat terlalu rapat kepada nikmat yang lebih kekal... Bersahabat biar berpada...

Jadi benarlah kalau ingin bahagia, pedulikan orang sekeliling dan teruslah berbahagia dengan apa yang sentiasa ada di sekeliling kita. Seikhlasnya, tidak mudah. Memang sukar. Syukur masa banyak dihabiskan dengan suami dan anak-anak dan kerja hakiki, 'driver'... Pagi selepas hantar anak ke sekolah dan bersarapan bersama suami, kami hadiri kelas (baru kurang 6 bulan.Syukur buat masa ni kami masih istiqamah)..keesokannya masa dihabiskan dengan riadah, pilates dan mandikan 'anak bulu' dan selebihnya dihabiskan dengan membaca buku (lepas ni boleh review buku pula).

Jadi, pendapat saya. Bahagiakan diri sendiri dan pedulikan orang luar untuk perkara yang tidak perlu bagi kita jika ingin bahagia. Kita tak mampu untuk bantu semua orang dan kita juga tidak ada masa untuk fikirkan tentang perkara remeh. 60 tahun untuk hidup...kini saya 35...tak banyak masa yang tinggal untuk saya terus berusaha dan kumpulkan bekalan untuk 'rumah' saya yang kekal 'di sana'... Begitu juga dengan kalian kan???

No comments:

Post a Comment