Sunday, May 13

CEMBURU

"Kau siapa aku nak cemburu???
"Tak kuasa aku nak jeles"


**********************

Biasa didengar, tapi amat sukar diakui. Siapa nak mengaku kan??? Terlalu banyak masa di media sosial, melihatkan senyuman orang lain (pelik dengan manusia yang tak suka tengok manusia lain tersenyum ni), kadang- kadang akan buatkan iri hati. Tak??? Sekali lagi saya katakan, tak semua orang akan mengaku dia cemburu. Di sini saya berikan 5 sahaja point bagi membuktikan anda cemburu tapi tak mahu mengaku. Jika ada di antara point saya nyatakan di bawah "YA" (jangan beri alasan lain). Mohonlah muhasabah diri atau unfriend sahabat tersebut bagi menjaga saham akhirat sendiri...

1. Anda tengok mereka pamerkan kegembiraan di media sosial, selepas tu anda membawang dengan orang lain...

2. Anda nak jadi macam mereka, tapi anda tak mahu mengakuinya di hati (pandai tipu diri sendiri ke?)

3. Anda tak tenang

4. Anda kata tak mahu ambil tahu tentang orang tersebut, tapi menunggu posting mereka

5. Anda rasa anda boleh lebih dari mereka


Tak perlu 5-5 ada kriteria dalam diri anda, cukuplah satu sudah buktikan anda sebenarnya cemburu dengan orang tersebut. Saya??? tipu kalau saya kata tak pernah berlaku, apa yg saya buat? Istighfar...hingga saya pernah sebak istighfar sambil akui lemahnya saya... Alhamdulillah, kembali tenang. Tapi syaitan takkan pernah duduk diam hingga kita benar-benar terpesong...Dia ganggu lagi...Seterusnya apa saya buat jika tak mampu bersangka baik??? Unfriend...atau Blocked!!! Agak drastik, tapi saya tak mahu berkompromi dengan hidup yang lebih lama di akhirat sana. Semoga ianya sentiasa boleh dijadikan ingatan untuk diri saya sendiri....

No comments:

Post a Comment