Sunday, May 13

CRUISE ke PHUKET 2018

Alhamdulillah..diberi peluang oleh Allah sekali lagi untuk bercuti menaiki kapal mewah ke Phuket untuk 4 hari 3 malam bersama 41 orang sahabat bisnes En Hero. Penghargaan untuk mereka yang achive ranking dalam bisnes kecil - kecilan yang En Hero buat.


Gambar: En Hero dan saya bila bercuti + anak-anak tak ikut


*********************

Antara yang saya suka tentang percutian ini:


*** Amat sesuai jika datang berkumpulan. Tapi perlu request awal untuk sesi tambahan secara percuma dari pihak cruise

*** Makanan sedap dan banyak

*** Karaoke 24 jam

*** Terlalu banyak aktiviti boleh dibuat

*** Amat sesuai jika anda nak rileks dan santai

*** Juga sesuai bagi syarikat yang ingin adakan team building


Gambar: Antara yang turut serta ( yang lain-lain masih terbabas tidur)


Antara yang saya kurang suka tentang percutian ini:

*** Bilik agak sempit ( sila bersiap sedia jika anda jenis sukakan bilik mewah)

*** Ada casino

*** Ada tarian bogel (masuk dikenakan bayaran tambahan)

*** Tak dibenarkan bawa sterika atau minta seterika tambahan dalam bilik atas faktor keselamatan. Jadi kos tambahan diperlukan untuk khidmat "pressing"

*** Bagi yang malas bersosial, anda akan boring



Gambar: Kami lagi di deck atas kapal

*******************************

InsyaAllah kalau saya rajin dan tak terlupa saya akan kongsikan juga "sindiket jet ski" di pantai Phuket...





No comments:

Post a Comment